Tiada Kejadian Tsunami Bakal Berlaku Di Perairan Sabah

TULAR:
934

SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan media Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):

MET Malaysia telah mendapat maklumat berkenaan penularan mesej mengenai kejadian tsunami boleh melanda perairan Malaysia umumnya dan perairan Sabah khususnya yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 pada skala Ricther telah berlaku di Semenanjung Alaska pada pukul 2.15 petang, 29 Julai 2021.

Mesej tular ini tersebar melalui sebuah laman sesawang yang memaparkan maklumat amaran tersebut yang dikeluarkan oleh agensi luar negara. MET Malaysia menafikan kejadian tersebut berlaku di Sabah, di mana tempoh kejadian gempa bumi kuat tersebut telahpun melebihi 12 jam dan tiada ombak tsunami dikesan oleh peralatan pemantauan ombak tsunami sehingga kini.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI