Dakwaan Varian Delta Menular Di Kulai, Johor Adalah Tidak Benar

TULAR:
3128

SEBENARNYA:

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan varian Delta sudah merebak sehingga ke Kulai sekali gus menghampiri ibu negeri Johor.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, dakwaan mengenai penularan varian membimbangkan (VOC) COVID-19 tersebut yang ditularkan menerusi media sosial, bukan sahaja tidak benar, malah tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, “Saya sudah memeriksa dengan Pegawai Kesihatan Kulai mengenai dakwaan ini. Setakat ini tiada lagi kes penularan yang dikenalpasti ada kaitan dengan varian Delta di Kulai.

“Bagaimanapun, masyarakat diminta supaya berhati-hati dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengelakkan apa jua kemungkinan selain memutuskan rantaian penularan COVID-19.”

SUMBER:

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI