SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ):
JPJ ingin memaklumkan bahawa jabatan ini tidak mengeluarkan nombor pendaftaran siri MADANI seperti yang disebarkan di media sosial baru-baru ini.
Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya serta menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih.