Kenyataan Media Didakwa Dikeluarkan Oleh Pejabat Perdana Menteri Bertarikh 6 April 2023 Berkenaan KSN Dan KPPA Adalah Tidak Benar

TULAR:
736

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM):

JPM ingin merujuk kepada Kenyataan Media yang didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh 6 April 2023 yang tular di media sosial.

Untuk makluman, kenyataan tersebut adalah palsu.

Pejabat Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti ini.

Tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat.

SUMBER:

Halaman Facebook Rasmi JPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI