Dakwaan Vaksin ISR Bakal Disuntik Secara Paksa Adalah Tidak Benar

TULAR:
870

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini berhubung suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan vaksin ISR ini TIDAK WUJUD.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Twitter Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI