Dakwaan Serbuk Kari Baba’s dan Alagappa’s Mengandungi Ramuan Tidak Wajar Adalah Tidak Benar

TULAR:
6144

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

Maklumat yang tersebar berkenaan serbuk kari jenama Baba’s dan Alagappa’s mengandungi ramuan yang tidak sewajarnya ADALAH TIDAK BENAR DAN TIDAK BERASAS SAMA SEKALI.
Untuk makluman pengguna, kedua-dua produk ini merupakan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Perlu diingatkan;-

  1. Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.
  2. Pegawai pemeriksa yang ditugaskan bukan sahaja membuat pemeriksaan dokumen dan analisis ramuan malah membuat pemeriksaan pematuhan berdasarkan Standard dan Prosedur SPHM di kawasan kilang yang mengeluarkan produk. Ini bagi memastikan apa jua pengisytiharan yang dibuat dipatuhi.
  3. Di samping itu, syarikat pengeluar juga perlu mewujudkan Sistem Jaminan Halal serta menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman yang dianggotai oleh seorang Eksekutif Halal bagi memantau perolahan bahan mentah dan proses pengeluaran produk. Ini bagi memastikan produk tersebut terjamin dari segi aspek kehalalan dan juga jaminan kualiti serta kebersihan (Halalan thoyyiban)

SUMBER:

Facebook Rasmi JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI