Dakwaan Warga Bangladesh Diberi MyKad Menjelang PRU Adalah Tidak Benar

TULAR:
869

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):

JPN merujuk terhadap dakwaan yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp di mana kononnya ramai warga Bangladesh diberikan MyKad menjelang pilihan raya. JPN ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sebaliknya MyKad hanya dikeluarkan kepada individu warganegara Malaysia yang layak sahaja berdasarkan peruntukan perundangan.

JPN juga menjelaskan bahawa paparan MyKad yang ditularkan dan didakwa milik warga Bangladesh adalah tidak benar. Sebaliknya beliau adalah seorang warganegara Malaysia yang sah. Beliau telah diambil sebagai anak angkat secara sah dari sudut undang-undang dan dibesarkan oleh satu keluarga cina sejak dari lahir lagi. Malah isu ini telah dilaporkan oleh pihak media yang menjelaskan bahawa individu tersebut adalah warganegara Malaysia.

Berita terdahulu (2017)

SUMBER:

Facebook Rasmi JPN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI