PALSU:
Tular di media sosial gambar yang menunjukkan kononnya kad pengenalan warganegara Malaysia dengan nama Cina, namun wajahnya tidak menyerupai orang yang berbangsa Cina.
Gambar dikaitkan sebagai bukti warga asing diberikan kewarganegaraan Malaysia secara haram.
SEBENARNYA:
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tampil menjawab berhubung isu kad pengenalan yang tular di media sosial kononnya merupakan ‘IC warga asing yang diberikan warganegara’.
Menjelaskan salah faham tersebut, menurut jurucakap JPN, pemegang MyKad tersebut merupakan seorang yang berketurunan daripada kaum India dan merupakan anak angkat kepada ibu bapa berketurunan Cina.
SUMBER: