Penemuan Bom Di Jalan Walter Grenier, Kuala Lumpur?

TULAR:
680
Gambar hiasan. Sumber gambar : 123RRF

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya seorang lelaki telah menjumpai satu objek yang menyerupai bom di Jalan Walter Grenier.

Gambar hiasan. Sumber: utusan.com.my

SEBENARNYA:

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Mohd Shukri Kaman menafikan objek yang ditemui adalah bom.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa terjumpa objek yang disangka bom di atas pagar besi berhadapan sebuah restoran.
“Anggota polis ke lokasi dan sebaik tiba mereka mendapati ia hanyalah logam biasa.”

SUMBER :

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI