DBKL Tidak Mampu Menjadikan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Terbersih?

TULAR:
440

PENJELASAN :

Pihak DBKL memperjelaskan dakwaan bahawa DBKL tidak mampu menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang bersih sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yakin mampu menjadikan ibu negara sebagai bandar raya terbersih di dunia menjelang 2020.

Inisiatif melalui Blueprint Penarafan Kebersihan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dilaksanakan sejak 2015 sudah mencapai kejayaan sebanyak 70 peratus.

“DBKL yakin baki 30 peratus lagi akan tercapai pada 2020 ini dan kita mengharapkan 11 kawasan parlimen yang terlibat akan memperoleh penarafan Gred A (bersih). Blueprint ini merangkumi empat peringkat dan pada masa ini sudah berada di peringkat ketiga.”

SUMBER : 
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI