Kerajaan Arab Saudi Kurangkan Kuota Haji Malaysia?

TULAR:
843

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat atau mengurangkan Kuota Haji Malaysia musim haji tahun 2018.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Tabung Haji menafikan laporan portal berita mengenai kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat atau mengurangkan Kuota Haji Rasmi Malaysia musim haji tahun 2018.

Menurut Pengurus Besar Kanan, Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, kuota haji rasmi negara kekal sebanyak 30,200 seperti tahun lalu.

Kuota haji rasmi negara ini adalah seperti ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi sebanyak 0.1 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia. TH sudah membuat persiapan rapi terutama dari segi penginapan di Mekah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan, sajian makanan serta penyelarasan petugas dalam usaha memastikan kebajikan jemaah terjamin sepanjang menunaikan ibadah haji.”

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI