Kementerian Pengangkutan Mansuhkan Program Satu Komuniti Satu JPJ Tanpa Sebab-Sebab Kukuh?

TULAR:
789

PENJELASAN :

Kementerian Pengangkutan memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya telah menghentikan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang bertujuan membantu masyarakat luar bandar memiliki Lesen Memandu Percubaan (P) motosikal kelas B2, tanpa sebab-sebab yang kukuh, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, keputusan memansuhkan program SKSJ dibuat kerana pihaknya mendapati program berkenaan tidak menekankan sepenuhnya proses pembelajaran, latihan mahupun ujian memandu yang ketat.

“Tidak perlu pergi institut memandu, tidak perlu pergi kursus dan hanya berlatih di kawasan luar bandar, kawasan kampung, boleh diberikan lesen. Tetapi kita tidak berasakan perkara ini patut sebab tidak melalui proses pembelajaran dan kursus yang lebih ketat dan ujian pun tidak ketat.”

Mana-mana pemohon lesen memandu perlu mengikuti prosedur sedia ada melalui institut memandu.

SUMBER :

Utusan Malaysia

Berita RTM

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI