Waspada Wabak Rabies Di Kawasan Tebedu Dan Sarikei

TULAR:
85

WASPADA :

Orang rama diminta berwaspada dengan wabak anjing gila atau rabies iaitu di kawasan Kampung Mapu Kijabu, Tebedu dan KM0.2 Jalan Sakar/Sebangkoi, Sarikei.

Gambar hiasan.Sumber : Kosmo

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak telah mengisytiharkan dua lagi kawasan baharu wabak anjing gila atau rabies iaitu di kawasan Kampung Mapu Kijabu, Tebedu dan KM0.2 Jalan Sakar/Sebangkoi, Sarikei.

Jurucakap Sekretariat JBPN Sarawak berkata keputusan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JBPN, Datuk Amar Dougkas Uggah Embbas.

Jumlah keseluruhan kawasan yang telah diisytiharkan wabak rabies ialah 33 kawasan dari lima bahagian iaitu Kuching (lima), Samarahan (tiga), Serian (22), Sri Aman (satu), dan Sarikei (dua

“Memandangkan Kampung Mapu Kijabu berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytihar wabak sebelum ini, maka kawasan ini adalah merupakan kawasan ke-32 dan ke-33 wabak tersebut.”

SUMBER : 
Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI