SPRM Bekukan Akaun Berkaitan Dana 1MDB Tanpa Notis Terdahulu?

TULAR:
265

PENJELASAN :

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya telah membekukan akaun pelbagai pihak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa sebarang notis terdahulu.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, pihak SPRM tidak tidak akan mengeluarkan sebarang notis pembekuan akaun susulan siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana, sekiranya notis pembekuan dikeluarkan, ia akan menyebabkan wang tersebut lesap sebelum dibeku.

“Apabila Jawatankuasa Khas Siasatan 1MDB meneliti akaun-akaun dan mengesyaki duit itu masuk dalam mana-mana akaun, kita tidak perlu beri notis kepada pemilik. Kalau kita beri notis, ‘habislah’ duit. Di mana unsur kejutan. Siasatan perlu ada unsur kejutan. Apabila individu itu tahu bahawa akaun disekat oleh SPRM atau Jawatankuasa Khas Siasatan, sila tampil kepada kami.”

SPRM boleh berunding dengan mana-mana pemilik akaun yang mendapati akaun mereka dibeku, dan jika kerjasama gagal diberi, pihak SPRM dan Jawatankuasa Khas Siasatan 1MDB akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.

SUMBER :

Astro Awani

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI