Tindakan Kerajaan Menamatkan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI Adalah ‘Kejam’ ?

TULAR:
606

PENJELASAN :

Jabatan Imigresen Malaysia memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan adalah ‘kejam ‘kerana menamatkan program Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafar Ali, kerajaan membelanjakan lebih RM25 juta setahun bagi menampung kos makanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di 13 depot Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara.

Itu antara punca utama pihaknya bertegas tidak menyambung Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Rehiring yang berakhir 30 Jun 2018.

“Jumlah itu tidak termasuk kos berkaitan utiliti, pengurusan pegawai serta penyelenggaraan depot yang tentunya memberi beban kewangan lebih besar jika pendatang haram ini tidak terus diusir selepas ditahan. Kita mengambil ketetapan pengusiran segera akan dibuat, malah bahagian penasihat undang-undang jabatan juga diminta mempercepat proses berkaitan agar langkah proaktif itu dilaksanakan secepat mungkin.”

SUMBER :
Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI