Jabatan Imigresen Tidak Senaraihitamkan Individu Bermasalah?

TULAR:
382

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial bahawa dakwaan kononnya Jabatan Imigresen tidak menjalankan kerja dan membiarkan individu bermasalah ke luar negara tanpa sekatan.

Sumber gambar: Twitter

SEBENARNYA:

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali menafikan dakwaan bahawa Datuk Seri Jamal Yunos tidak disenaraihitamkan untuk ke luar negara.

Mana-mana permintaan daripada agensi undang-undang seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang meminta supaya individu terbabit disenaraihitamkan akan dibuat.

“Memang individu itu akan disekat. Sekiranya telah disenaraihitamkan, jika guna pasport melalui pintu keluar yang sah, memang mereka tidak akan lepas, tetapi jika melalui pintu tidak sah seperti guna bot pancung dan sebagainya, itu, kita tidak tahu.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI