Tiada Tindakan Daripada Kerajaan Berhubung Kes Perkahwinan Kanak-Kanak Bawah Umur?

TULAR:
546

PENJELASAN :

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan tidak yang mengambil sebarang tindakan berhubung kes perkahwinan membabitkan budak perempuan berusia 11 tahun sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta pelbagai agensi penguatkuasaan sedang meneliti jika wujud elemen antun (sexual grooming) dalam kes perkahwinan bawah umur membabitkan budak perempuan berusia 11 tahun di Gua Musang, Kelantan.

Elemen antun adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan kerajaan perlu melindungi kebajikan kanak-kanak berkenaan walaupun dia bukan warga negara Malaysia.

“Kita mesti melindunginya seperti kita perlu melindungi kanak-kanak pelarian dan kanak-kanak tidak sah taraf kerana mereka kanak-kanak. Perkara ini juga berlaku di tanah air kita. Jika berlaku pengabaian oleh penjaga, undang-undang Malaysia akan berkuat kuasa.”

SUMBER : 
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI