Waspada Penipuan Lesen Memandu Ekspres

TULAR:
1291

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan tawaran mendapatkan lesen memandu tanpa perlu menduduki ujian yang dibuat individu tertentu menerusi Facebook.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ismasuhaimi Shariff , kegiatan yang dipercayai didalangi sindiket penipuan itu dikesan menawarkan perkhidmatan mendapatkan lesen secara ekspres pada harga lebih murah.

“Kita meminta orang ramai agar lebih berhati-hati kerana tiada istilah untuk mendapatkan lesen memandu dengan mudah dalam tempoh masa terlalu singkat.”

Pemohon perlu melalui beberapa prosedur untuk mendapatkan lesen sah termasuk mewajibkan mereka merakamkan cap jari setiap kali menghadiri latihan memandu.

“Proses untuk mendapatkan lesen secara sah termasuk menduduki ujian mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan berbanding lesen ekspres selama seminggu sahaja. Harga ditawarkan sindiket penipuan itu juga lebih murah iaitu sekitar RM200 hingga RM250 bagi lesen motosikal dan RM600 hingga RM700 bagi kereta berbanding harga sebenar motor RM350 dan kereta RM1,100.”

SUMBER:

KOSMO


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI