SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Pejabat Pendidikan Daerah Saratok:
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dan berhati-hati dengan dokumen palsu yang menggunakan logo, nama dan tandatangan Ketua Jabatan Pejabat Pendidikan Daerah Saratok.
Sehubungan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Saratok dengan ini menafikan sepenuhnya telah mengeluarkan beberapa dokumen perolehan dan kewangan seperti yang disertakan dan disahkan bahawa semua dokumen tersebut adalah palsu. Laporan polis tentang perkara ini telah dibuat.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung terus ke pejabat kami di talian 083-436109.
SUMBER:
Facebook Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Saratok