Waspada Dokumen Kononnya Dari Badan Kehakiman Berhubung Perintah Penangkapan Dan Pembekuan Aset-Aset

TULAR:
471

Menurut kenyataan Badan Kehakiman Malaysia:

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia ingin memaklumkan bahawa dokumen yang bertajuk Perintah Penangkapan Dan Perintah Pembekuan Aset-Aset bertarikh 29 Mei 2023 ini adalah merupakan dokumen palsu dan ia adalah satu bentuk penipuan (scam) yang menggunakan nama dan identiti Mahkamah.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan. Sila buat laporan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang menyamar menggunakan identiti Mahkamah.

SUMBER:

Facebook Rasmi Badan Kehakiman Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI