Waspada Taktik Terbaharu Scammer Menerusi Hantaran Jemputan Majlis Perkahwinan Melalui Aplikasi WhatsApp

TULAR:
786

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM):

PDRM mengingatkan orang ramai untuk tidak membuka atau melayan mana-mana mesej atau hantaran meragukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pelbagai taktik baharu dilakukan pihak scammer bagi memperdaya orang ramai.

Beliau berkata, pihaknya mengesan taktik terbaharu scammer menerusi hantaran jemputan majlis perkahwinan yang disebar melalui aplikasi WhatsApp.

Taktik baharu itu meminta orang ramai melakukan klik pada link yang disediakan bagi mendapatkan kad jemputan kahwin.

Namun ia adalah satu helah dan cara scammer untuk mencuri maklumat daripada orang ramai, seterusnya membuat pemindahan wang secara dalam talian.

Oang ramai sebaiknya cuba elakkan daripada terjebak dengan sebarang mesej yang diragui puncanya.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM
Twitter Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI