PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Cawangan Kota Tinggi mengeluarkan amaran berhubung dua ekor harimau belang berkeliaran di sekitar Sungai Tiram dan Sungai Dusun, Ulu Tiram, Johor.
SEBENARNYA :
Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor menyangkal mesej yang tular kononnya pejabat cawangan Kota Tinggi mengeluarkan amaran berhubung dua ekor harimau belang berkeliaran di sekitar Sungai Tiram dan Sungai Dusun, Ulu Tiram, Johor.
Pengarahnya, Dr Jamalun Nasir Ibrahim berkata, mesej dan gambar yang tular di WhatApps tersebut tidak benar sama sekali kerana kejadian tersebut tidak pernah berlaku di Johor, sebaliknya ia adalah kejadian di Indonesia.
SUMBER :