Amaran Tsunami di Pulau Pinang, Timur Laut Sabah?

TULAR:
1237
Gambar hiasan. Sumber: Sunlive.

PENJELASAN :

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) memperjelaskan laporan media bahawa terdapat pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) 17/10/2017 (Selasa) yang bakal diadakan di Pulau Pinang dan Sabah, sekitar jam 9.00 pagi – 5.00 petang.

Sumber gambar: Facebook.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 17/10/2017 (Selasa) sekitar jam 9.00 pagi – 5.00 petang di tempat-tempat berikut:

1. Sandakan, Tinosa 2, Sabah
2. Kota Lama, Pulau Pinang
3. Persiaran Gurney, Pulau Pinang
4. Tanjung Tokong, Pulau Pinang
5. Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Menurutnya lagi, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja dan MMD akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.

SUMBER :

Facebook Jabatan Meterologi Malaysia

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI