WASPADA :
Orang ramai diminta berwaspada dengan paparan emel yang meminta penerima emel untuk mengemaskini akaun yang kononnya daripada Tenaga Nasional Berhad.
Menurut kenyataan rasmi Tenaga Nasional Berhad :
Para pelanggan yang dihormati,
Kami ingin memaklumkan bahawa e-mel yang disebarkan untuk mengemaskini akaun seperti di dalam gambar bukanlah daripada pihak Tenaga Nasional Berhad. Kami berharap anda dapat mengabaikan serta tidak mengikut arahan di dalam e-mel palsu tersebut.
SUMBER :
Laman Facebook Rasmi Tenaga Nasional Berhad