Waspada Nombor Telefon Palsu Bagi Aduan Penyeludupan Kastam

TULAR:
1068

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan telefon yang menggunakan nombor +601800888855 yang dikatakan sebagai nombor telefon bagi aduan penyeludupan kastam.

Sumber gambar : Facebook

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kastam :

Sila abaikan sekiranya anda mendapat panggilan daripada nombor telefon +601800888855, kerana ini merupakan panggilan palsu atau scam yang dirancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Nombor hotline sebenar untuk aduan penyeludupan kastam adalah 1800-88-8855. Talian hotline ini tidak memerlukan kod negara +60

SUMBER : 
Laman Facebook Rasmi Jabatan Kastam

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI