Emel Daripada TNB Meminta Untuk Kemaskini Akaun?

TULAR:
906

WASPADA :

Orang ramai diminta berwaspada dengan paparan emel yang meminta penerima emel untuk mengemaskini akaun yang kononnya daripada Tenaga Nasional Berhad.

Sumber gambar : Facebook

Menurut kenyataan rasmi Tenaga Nasional Berhad :

Para pelanggan yang dihormati,

Kami ingin memaklumkan bahawa e-mel yang disebarkan untuk mengemaskini akaun seperti di dalam gambar bukanlah daripada pihak Tenaga Nasional Berhad. Kami berharap anda dapat mengabaikan serta tidak mengikut arahan di dalam e-mel palsu tersebut.

SUMBER : 
Laman Facebook Rasmi Tenaga Nasional Berhad

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI