51 Buah Sekolah Di Selangor Tutup Kerana Jangkitan HFMD?

TULAR:
1417

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat 51 buah sekolah telah ditutup di sebuah daerah dalam negeri Selangor kerana jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kepada dakwaan yang tular di media sosial kononnya terdapat 51 buah sekolah telah ditutup di sebuah daerah dalam negeri Selangor. Berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh KKM bagi tahun 2018, sehingga kini TIADA sebarang penutupan sekolah mahupun kelas dalam sekolah di seluruh negeri Selangor akibat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Didapati terdapat hanya dua (2) kluster HFMD dilaporkan berlaku di dua (2) sekolah berlainan dan kedua-dua sekolah ini atau kelas di dalam sekolah terbabit TIDAK DITUTUP.

Sekolah atau kelas yang terlibat tidak ditutup kerana mengambilkira hasil pemeriksaan oleh pasukan kesihatan yang mendapati tiada pendedahan risiko jangkitan HFMD kepada murid-murid lain.

Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat atau berita berkaitan HFMD sebelum mempercayainya, terutama maklumat tidak tepat yang dikeluarkan oleh pihak tertentu selain daripada KKM. Orang ramai juga diminta agar mengelak daripada menyebarkan berita yang tidak tepat tanpa mendapat pengesahan daripada pihak KKM terlebih dahulu.

SUMBER:

Laman Rasmi KP Kesihatan KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI