Menteri Pelajaran Keluarkan Kenyataan Kasut Sekolah Mesti Dibeli Dari Jenama Tertentu?

TULAR:
1059

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa menurut Menteri Pelajaran mengeluarkan kenyataan bahawa kasut hitam murid-murid sekolah hendaklah dibeli dari jenama yang disyorkan kerajaan, dan sepuluh peratus dari setiap pembelian akan disumbangkan ke Tabung Harapan Negara.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menurut Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebar poster seperti yang tertera.

Dr Maszlee turut menegaskan, kenyataan tersebut adalah palsu dan fitnah, serta beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegini dan rakyat Malaysia boleh melihat kembali rakaman program Bicara Minda di Sinar Online.

SUMBER :

Facebook Menteri Pendidikan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI