MARA Akan Dibuka Kepada Semua Kaum?

TULAR:
699

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dibuka kepada semua kaum.

Sumber gambar: Whatsapp

SEBENARNYA:

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa menafikan dakwaan beliau mengesyorkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dibuka kepada semua kaum.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata, beliau tidak pernah membincangkan syor berkenaan sebagaimana didakwa segelintir pihak sehingga tular di media sosial.

Beliau turut menafikan dakwaan cuba menukar nama MRSM kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.

Beliau menegaskan, “Ini tidak betul dan fitnah. Harap tidak diulang. Cadangan kepada tukar nama (MRSM) tidak pernah dibuat. Cadangan (kemasukan terbuka) pun tidak betul. Tidak pernah dibuat”.

SUMBER:

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI