Terdapat Pemasangan CCTV Di Bilik Asrama Perempuan SMK Sulaiman Di Bentong?

TULAR:
789

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di bilik asrama perempuan SMK Sulaiman di Bentong.

Sumber gambar : Twitter

SEBENARNYA :

Tiada pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di bilik asrama perempuan SMK Sulaiman di Bentong, kata Pengarah Pendidikan Pahang, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus.

Pengetua sekolah berkenaan memaklumkan pemasangan CCTV hanya melibatkan bahagian luar bangunan, namun perkara itu berkemungkinan menimbulkan salah faham pihak penjaga.

“CCTV itu hanya menghala ke arah laluan keluar masuk bangunan asrama atas faktor keselamatan. Tidak ada yang dipasang dalam bilik.”

SUMBER : 
Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI