Sekolah Di Kedah Tutup Akibat HFMD?

TULAR:
459

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan penularan virus HFMD di Kedah sehingga menyebabkan penutupan sekolah di negeri tersebut.

Sumber gambar: Facebook

 


SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan tiada penutupan sekolah di Kedah setakat ini akibat kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia susulan maklumat yang tular di media sosial yang mendakwa 11 sekolah di Kuala Muda terlibat dengan kes HFMD.

Sebaliknya beliau berkata, hanya satu kluster HFMD dilaporkan berlaku di SJK(C) Tai Tong Taman Kempas dan satu notifikasi kes diterima melibatkan SK Teluk Wang.

“Bagaimanapun sekolah ini atau kelas di dalam sekolah terbabit tidak ditutup.”

Beliau berkata, sekolah tersebut tidak ditutup kerana mengambil kira hasil pemeriksaan oleh pasukan kesihatan yang mendapati tiada pendedahan risiko jangkitan HFMD kepada murid-murid lain.

“Keadaan pelajar-pelajar yang terlibat di dua buah sekolah berkenaan adalah stabil dan terkawal.”

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar menyemak terlebih dahulu maklumat atau berita berkaitan HFMD sebelum mempercayainya, terutama maklumat tidak tepat yang dikeluarkan oleh pihak tertentu selain daripada KKM.

“Orang ramai juga diminta agar mengelak daripada menyebarkan berita yang tidak tepat tanpa mendapat pengesahan daripada pihak KKM terlebih dahulu.”

Sumber:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI