Waspada Pembayaran Deposit Atau Pelaburan Dengan Individu Atau Entiti Yang Tidak Dikawal Selia

TULAR:
475
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati daripada membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang.

Gambar hiasan.Sumber gambar : PPIM

Menurut kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia :

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang.

Sebaliknya, semakan awal boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah seperti semakan no akaun yang pernah atau sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) http://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau Investor Alert https://www.sc.com.my/e…/investor-alerts/sc-investor-alerts/ yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti atau entiti yang mencurigakan boleh menyalurkan secara terus ke:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Bank Negara Malaysia) 1-300-88-5465 atau
E-mel: [email protected]

SUMBER : 
Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI