Tumpahan Minyak Punca Kemalangan Maut Adun Balakong?

TULAR:
470

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya tumpahan minyak di jalan raya punca kemalangan maut yang melibatkan Adun Balakong semalam.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Menurut pihak Polis, kemalangan yang menyebabkan kematian Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee bukan berpunca daripada tumpahan minyak di jalan raya.

Menyangkal khabar angin yang tersebar media sosial dan melalui WhatsApp, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, kesan minyak yang terdapat di lokasi kejadian adalah disebabkan kemalangan tersebut.

“Saya mengesahkan tumpahan minyak berlaku selepas kemalangan itu.”

Sumber:

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI