Empangan Hidroelektrik Milik TNB Masih Beroperasi Dalam Keadaan Baik, Tiada Pelepasan Air Empangan Buat Masa Ini

TULAR:
1201

SEBENARNYA:

Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):

Paras air di ketiga-tiga empangan hidroelektrik milik TNB di Tasik Kenyir, Terengganu; Cameron Highlands, Pahang dan Sungai Perak, Perak berada pada tahap normal dan sedang beroperasi dalam keadaan terbaik.

Sejak Ogos tahun lalu, pihak pengurusan stesen telah membuat persediaan dengan melakukan pelepasan air secara terkawal bagi menampung peningkatan jumlah air ketika musim tengkujuh.

Selain menjana elektrik, empangan-empangan hidroelektrik milik TNB turut berfungsi sebagai tebatan banjir dengan menakung air di hulu sungai. Oleh itu, pelepasan air tidak perlu dilakukan buat masa ini kerana keadaan masih terkawal.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI