Dakwaan Mesej Bahawa Penumpang Kenderaan Yang Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar Belakang Dikenakan Tindakan Saman Di Lebuhraya Utara Selatan Adalah Tidak Benar

TULAR:
6013

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT):

JSPT mendapati satu mesej telah tular melalui sebaran aplikasi WhatsApp mengenai tindakan saman ke atas penumpang kenderaan yang tidak memakai tali pinggang keledar belakang di lebuhraya utara selatan.

JSPT tidak pernah mengeluarkan kenyataan dan menafikan kesahihan mesej bahawa pegawai polis akan membuat pemeriksaan pada setiap petang di lebuhraya utara selatan (PLUS) bagi mengesan ketidakpatuhan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kenderaan dan pesalah akan dikenakan denda sebanyak RM300 manakala RM600 untuk 2 orang.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI