Waspada E-mel Palsu Yang Menggunakan Logo Pos Malaysia

TULAR:
3552

Menurut Pos Malaysia:

Pihak Pos Malaysia telah mengesan satu penipuan melalui emel yang menggunakan logo ‘PosMalaysia’ untuk mengelirukan orang ramai.

Emel tersebut mengandungi pautan ke laman web yang palsu. Para pelanggan dinasihatkan agar tidak klik pada pautan tersebut atau mendedahkan maklumat kad kredit.

Jika anda telah menerima emel sedemikian, padamkan dengan segera.

SUMBER:

Facebook Rasmi Pos Malaysia

Twitter Rasmi Pos Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI