PALSU:
Tular di media sosial dakwaan sebuah laman sesawang pelancongan yang melaporkan kononnya empat bandar di Malaysia tersenarai antara sepuluh bandar yang berbahaya di rantau Asia.
Dakwaan artikel tersebut dimuatnaik dan ditularkan pada tahun 2016.
Laman tersebut menyenaraikan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang dan Johor Bahru antara sepuluh bandar paling berbahaya di Asia.
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tuntutan artikel tersebut adalah palsu.