Kapal Milik TLDM Mengalami Kebocoran?

TULAR:
526

PENJELASAN :

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memperjelaskan dakwaan bahawa Kapal Diraja (KD) Rahmat mengalami kebocoran sehingga sebahagian badan kapal senget di persisiran laut berhampiran Marina Waterfront, sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar: Kisahdunia.com.

Menurut Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli, kapal yang di kenali sebagai ‘Ex KD Rahmat’ itu telah diswastakan dan berada di bawah pemantauan kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.

Ujarnya lagi, Bekas Kapal Diraja (KD) Rahmat yang mengalami kebocoran sehingga itu adalah bukan lagi aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga komited membantu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan bekas Kapal Diraja (KD) Rahmat yang mengalami kebocoran sehingga sebahagian badannya senget di persisiran pantai berhampiran Marina Waterfront.

SUMBER : 

Utusan Malaysia

Berita Harian

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI