PALSU :
Tersebar luas beberapa gambar seorang kanak-kanak perempuan yang terputus kepala, yang didakwa berkaitan dengan kemalangan yang berlaku di jalan Jeniang-Gurun pada 28 Februari 2015, Kedah.
Sumber gambar : Facebook
SEBENARNYA :
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menafikan sekeping gambar yang menjadi viral di laman sosial yang kononnya memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang terputus kepala, ada kaitan dengan kemalangan yang berlaku di jalan Jeniang-Gurun.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri, Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata gambar kejadian itu dipercayai diambil dalam satu insiden kemalangan di luar negara.