Biskut Keluaran Munchy’s Mengandungi Arak?

TULAR:
728

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa biskut keluaran Munchy’s mengandungi arak setelah diserbu oleh pihak Jakim.

Sumber gambar : Facebook.


SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchy Food Industries Sdn Bhd (Munchy’s) di Batu Pahat, Johor adalah halal.

Ini berikutan Sijil Pengesahan Halal dikeluarkan oleh agensi itu kepada syarikat terbabit didapati masih sah sehingga hari ini.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya tidak pernah membuat serbuan di kilang yang terletak di Tongkang Pecah, Batu Pahat itu, seperti didakwa pihak yang menyebarkan sistem pesanan ringkas (SMS) dan media sosial.

SUMBER :

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI