Gambar Kemalangan Putus Kepala Di Jalan Jeniang-Gurun?

TULAR:
532

PALSU :

Tersebar luas beberapa gambar seorang kanak-kanak perempuan yang terputus kepala, yang didakwa berkaitan dengan kemalangan yang berlaku di jalan Jeniang-Gurun pada 28 Februari 2015, Kedah.

Sumber gambar : Facebook


SEBENARNYA :

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menafikan sekeping gambar yang menjadi viral di laman sosial yang kononnya memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang terputus kepala, ada kaitan dengan kemalangan yang berlaku di jalan Jeniang-Gurun.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri, Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata gambar kejadian itu dipercayai diambil dalam satu insiden kemalangan di luar negara.

SUMBER :

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI