Maklumat Jenayah Terkini Oleh ASP Suman?

TULAR:
792

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat pegawai Bahagian D9, Bukit Aman bernama ASP Suman yang menyebarkan maklumat jenayah terkini.

Sumber gambar : PDRM.

SEBENARNYA:

Kebelakangan ini, terdapat banyak hebahan dibuat melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial yang memberikan maklumat jenayah terkini menggunakan nama ASP Suman dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (D9).

Berdasarkan semakan yang dibuat, Bahagian D9 tidak mempunyai pegawai bernama ASP Suman Kumar yang berkhidmat di bahagian tersebut.

Polis Diraja Malaysia hanya akan mengeluarkan info-info terkini dan hebahan menggunakan platfrom rasmi sahaja.

SUMBER :

PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI