Babi Mangalitsa Dijual Di Malaysia?

TULAR:
1279

PENJELASAN :

Bahagian Hab Halal JAKIM memperjelaskan dakwaan kemasukan Babi Mangalitsa atau babi kacukan biri-biri ke Malaysia sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : JAKIM

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM, pengguna Islam di negara ini  tidak perlu berasa bimbang tentang kemasukan daging berkenaan ke Malaysia atau kemungkinan berlaku kekeliruan dengan daging kambing. Ini disebabkan daging kambing/ bebiri yang diimport masuk ke Malaysia tidak dibawa masuk dari negara Eropah tetapi dari negara lain yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jakim.

SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI