PENJELASAN:
Pihak polis memperjelaskan dakwaan bahawa gambar polis trafik memegang kamera perangkap had laju yang diletakkan di lebuh raya kononnya bagi menakutkan pengguna jalan raya yang memandu laju sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, gambar polis trafik memegang kamera perangkap had laju yang diletakkan di lebuh raya yang tular di media sosial adalah gambar lama.
Beliau berkata, langkah penguatkuasaan itu pernah digunakan polis trafik. Bagaimanapun, katanya, kali terakhir ia digunakan adalah 15 tahun lalu.
“Saya sudah mendapatkan maklum balas trafik Bukit Aman dan peronda lebuh raya yang mengesahkan gambar tular itu adalah gambar lama.”