Kanak-Kanak Dari PPR Di Kuala Lumpur Mengalami Masalah Bantut Dan Kurus?

TULAR:
690

PENJELASAN:

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memperjelaskan laporan bahawa kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) bahawa kanak-kanak dari kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur mengalami masalah bantut dan kurus sepertimana yang dilaporkan media.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, laporan kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) bahawa kanak-kanak dari kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur mengalami masalah bantut dan kurus adalah tidak benar.

Kementerian sendiri tidak pernah menerima sebarang laporan daripada guru mengenai murid terbantut dan tidak mampu membeli makanan.

“Kita ada kajian. Tak adalah (kes) di sekolah menunjukkan budak tidak mampu (makan) sehingga begitu teruk sekali. Setakat ini tak ada lagi laporan daripada guru. Kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif memastikan kesejahteraan murid di negara ini dijaga, termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk manfaat 458,483 murid sekolah rendah daripada golongan perpendapatan rendah dan luar bandar tahun 2018.”

SUMBER: 

Mstar

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI