Gambar Polis Trafik Di Lebuhraya Bagi Menakutkan Pengguna?

TULAR:
866
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN:

Pihak polis memperjelaskan dakwaan bahawa gambar polis trafik memegang kamera perangkap had laju yang diletakkan di lebuh raya kononnya bagi menakutkan pengguna jalan raya yang memandu laju sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, gambar polis trafik memegang kamera perangkap had laju yang diletakkan di lebuh raya yang tular di media sosial adalah gambar lama.

Beliau berkata, langkah penguatkuasaan itu pernah digunakan polis trafik. Bagaimanapun, katanya, kali terakhir ia digunakan adalah 15 tahun lalu.

“Saya sudah mendapatkan maklum balas trafik Bukit Aman dan peronda lebuh raya yang mengesahkan gambar tular itu adalah gambar lama.”

SUMBER: 

Facebook Rasmi Polis Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI