Polis Tidak Menghulurkan Bantuan Kepada Pemandu Wanita Yang Diekori Sekumpulan Lelaki?

TULAR:
931

PENJELASAN:

Pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) memperjelaskan dakwaan menerusi dua buah video tular bahawa anggota polis di Balai Polis Alam Damai tidak menghulurkan bantuan kepada seorang wanita walaupun setelah dia memasuki balai polis berkenaan apabila merasa terancam berikutan diekori sekumpulan lelaki.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, dalam kejadian terbabit, seorang wanita yang sedang memandu telah didatangi sekumpulan lelaki yang menjerit dan membunyikan hon terhadapnya, lalu dia bertindak menghubungi talian 999 dan memandu ke balai polis.

Dalam perjalanan ke balai Polis Alam Damai, pengadu telah bunyikan hon panjang dan banyak kali untuk mendapatkan perhatian anggota polis bertugas. Semasa pengadu sampai di depan post kawalan Balai Polis Alam Damai, telah berlaku salah faham yang mengakibatkan pengadu merasakan dirinya tidak dibenarkan masuk ke balai oleh anggota polis bertugas. Tidak lama selepas itu, kenderaaan yang mengekori pengadu turut datang ke Balai Polis  dan memaklumkan bahawa pengadu nyaris melanggar kereta mereka. Pengadu berasa tidak puas hati terhadap tindakan anggota Polis Alam Damai yang enggan membenarkannya masuk ke dalam kawasan balai. Dalam tempoh tersebut, pihak balai telah membenarkan pengadu masuk ke kawasan balai polis serta menasihati beliau untuk membuat laporan polis.

Hasil soal siasat yang dijalankan, pengadu menyatakan rasa tidak puas hati kerana anggota polis tidak membenarkan beliau masuk ke kawasan balai polis ketika dalam keadaan trauma dan ketakutan keranan diekori. oleh kenderaan yang dirasakan mengancam keselamatan dirinya.

Pihak Polis memahami bahawa wanita berkenaan  dalam keadaan distress dan cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk membantu beliau. Walaubagaimanapun, beliau telah beredar dari perkarangan balai. Sewajarnya wanita tersebut tidak patut merasa tidak selamat kerana beliau telah berada dalam kawasan balai polis.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui kedudukan sebenar. Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat kesalahan di pihak anggota polis yang bertugas. Kesemua suspek juga telah ditahan bagi membantu siasatan.

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

Astro Awani

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI