Waspada Surat Tawaran Darjah Dan Bintang Kebesaran Oleh Istana Selangor

TULAR:
1181

WASPADA:

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan surat tawaran penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor yang kononnya dikeluarkan oleh Istana Selangor yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada individu bernama Goh Boon Leong.

Sumber gambar: Istana Selangor.

Menurut Istana Selangor dalam satu kenyataan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat tawaran penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada individu bernama Goh Boon Leong.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanfisah Jais berkata, satu laporan polis turut dibuat terhadap individu tersebut. “Surat berkenaan mengandungi beberapa fakta tidak benar termasuk menggunakan Jata Negeri Selangor yang salah, serta nama dan tandatangan Setiausaha Dewan Diraja Selangor yang palsu.”

Perbuatan tersebut adalah satu jenayah penipuan yang amat serius dan mencemarkan institusi Diraja Selangor. Orang ramai dinasihatkanagar mengambil maklum dan mengelak daripada terpedaya dengan penipuan individu tertentu demi kepentingan peribadi mereka.

SUMBER:

Facebook Selangor Royal Office

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI