Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Gagal Menyelesaikan Kes?

TULAR:
413

 PENJELASAN:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said memperjelaskan dakwaan bahawa Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak gagal menyelesaikan kes berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak sejak penubuhannya sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Datuk Seri Azalina Othman Said, sebanyak 382 kes kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah didaftarkan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak sejak penubuhannya pada Jun tahun 2017 hingga Februari tahun 2018. Beliau berkata sebanyak 314 kes telah diselesaikan dan hanya 68 kes masih tertunggak.

“Jumlah ini menunjukkan bahawa kes-kes tersebut telah diselesaikan dalam tempoh yang singkat iaitu kurang daripada setahun.”

SUMBER:

Utusan Online

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI