Gangguan Bekalan Air Jejaskan 80,000 Pengguna Di Kuantan, Pahang?

TULAR:
1040

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat gangguan bekalan air ketika ini yang menjejaskan sehingga 80,000 pengguna di Kuantan, Pahang.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) menafikan terdapat gangguan bekalan air di Kuantan ketika ini yang menjejaskan seramai 80,000 pengguna seperti yang tular dalam media sosial.

Pegawai Perhubungan Awam Dan Komunikasi Korporat Paip, Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, pengumuman tentang masalah tersebut sebenarnya berlaku pada 24 Januari 2018 lalu dan selesai sepenuhnya pada 12 Februari 2018.

“Penularan berita tidak tepat itu terutama menerusi aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu telah mencetuskan kebimbangan kepada pengguna.”

SUMBER:

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI